HUNGARY | FINLAND | ESTONIA | YAKJUD MAKJUD : asalnya diaorang semua dari pergunungan Ural





“Mereka berkata: wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
(terjemahan surah al-Kahfi : ayat 94)

“Hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
(terjemahan surah al-Anbiya’: ayat 96)

“Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj ini akan menggali setiap hari sehingga mereka ternampak pancaran matahari.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah nombor 4070 dan Hadis Riwayat Ahmad nombor 10632)

Pegunungan Ural adalah barisan pergunungan yang menjalar ke bahagian utara dan selatan melewati bahagian barat Russia. Yekaterinburg secara tidak langsung adalah ibu kota dari pegunungan Ural. Pergunungan Ural memanjang sepanjang 2500 km dari batas utara Kazakhstan ke pesisir samudera Artik. Pergunungan Ural menjadi sebahagian wilayah Russia setelah keluarga Tsar dari Russia, Русское царство, yang diketuai oleh Ivan IV Vasilyevich, Ива́н Васи́льевич, yang dikenali oleh dunia Inggeris sebagai Ivan the Terrible atau Ivan Grozny, Ива́н Гро́зный​ di dalam bahasa Russia berjaya mengalahkan keluarga Khan Kazan, Казан ханлыгы, yang juga dikenali sebagai puak Tatar di Russia dan seterusnya meluaskan pengaruh diaorang ke arah puak Bashkir yang mendiami pergunungan Ural, menjadikan kawasan penguasaan puak Tsar Russia seluas 4,050,000 km persegi dibawah Ivan IV Vasilyevich. Puak Tatar dan Bashkir di Russia adalah penganut agama Islam bermazhab Hanafi. Puak Hungary di Eropah Tengah, Finland di Eropah Utara dan Estonia di Baltic yang sekarang ini telah menubuhkan negara, pentadbiran dan sistem politik diaorang sendiri di tempat diaorang sekarang ini juga adalah berasal dari kawasan pergunungan Ural. Sebelum tertubuhnya negara Russia yang dikenali sekarang ini, seluruh Russia dikenali sebagai Tartaria di dalam bahasa Latin, juga dikenali sebagai Tartaria Magna yang bermaksud Tartar Raya yang merangkumi dari hujung apa yang dikenali sebagai negara Cina hingga apa yang dikenali sebagai negara Russia sekarang ini. Najib al-Hamadāni melaporkan bahawa pemerintah-pemerintah di sana mendakwa diri mereka adalah berketurunan Iskandar Zulkarnain. Abū Hamid al-Gharnāti yang pernah melawat wilayah Bulgar / Volga di Russia pada tahun 1150an melaporkan penduduk di sana mendakwa bahawa Iskandar Zulkarnain pernah melalui kawasan diaorang untuk membina tembok seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Islam dijadikan agama rasmi setelah Khan Almuch juga dikenali sebagai Al mos dan mengambil nama Jaffar pada tahun 922, setelah pejabat tinggi Khalifah Bani Abbasiyah, Al-Muqtadir Billlah menghantar Ibnu Fadlan atau nama sebenarnya Ahmad bin Fadlan bin al-Abbas bin Rasyid bin Hamad, أحمد بن فضلان بن العباس بن راشد بن حماد, pergi ke kawasan Russia atau ketika itu dikenali sebagai Volga / Bulgar untuk memenuhi undangan pemerintah Bulgaria Khan Almuch (Al mos) pada tahun 921 dan menceritakan kisah perjalanannya di dalam Kitāb ilā Mulk al-Saqāliba, كتاب إلى ملك الصقالبة. Pada tahun 985, pemerintah Volga Bulgaria bernama Bulgar Khan Ibrahim membina istana yang dinamakan Alamir-Sultan sebagai makam dan penghormatan kepada Iskandar Zulkarnain, nama Alabuga adalah merujuk kepada menara utama istana itu, kemudiannya seluruh bandar bertukar namanya menjadi Alabuga / Yelabuga hingga sekarang, diaorang mendakwa bahawa bandar Yelabuga asalnya ditubuhkan oleh Iskandar Zulkarnain yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Sekarang wilayah Tatarstan yang menjadi penerus kepada ketamadunan Volga Bulgaria, menyimpan kitab Al-Quran #1 terbesar di atas dunia ini, seberat 800kg, 632 muka surat dan berketinggian 1 setengah meter, yang disalut dengan emas, perak dan batu permata, kulit dia sahaja adalah seberat 120kg.

Pada tahun 1959, berlaku kes yang amat menghairankan berdekatan pergunungan Ural di Russia, dimana 9 pelajar Ural Polytechnical Institute sekarang ini bernama Ural Federal University, ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan. 2 mayat tak pakai apa-apa langsung melainkan seluar dalam, di tempat berdekatan, kelihatan ranting, dahan pokok patah dari ketinggian 5 meter, 3 mayat retak tulangnya, 4 mayat retak tulangnya, yang perempuan pula lidahnya hilang, seperti dirempuh kuasa yang amat kuat, matanya hilang, dan yang menghairankan adalah kesemua pakaian mangsa mempunyai kuasa radioactive yang amat tinggi, hingga mencapai 9,900 dpm (disintegrations per minute), ada kesan terbakar. Pada tarikh kejadian, 3 tentera Russia kata lihat ada cahaya amat kuat sedang berlalu ketika itu yang juga disaksikan oleh 2 kumpulan pengembara yang lain. Ketika majlis pengkebumian, daging diaorang semua menjadi keorenan, rambut menjadi beruban. Setelah 60 tahun kes tidak dapat diselesaikan, ketua-ketua pendakwa, kehakiman Russia, Генеральный Прокурор Российской Федерации, mengarahkan pada 1 Februari 2019, supaya kes dibuka semula untuk diselesaikan.



Fuente – Source

HUNGARY | FINLAND | ESTONIA | YAKJUD MAKJUD : asalnya diaorang semua dari pergunungan Ural

EN.- Urban exploration is usually about exploring areas away from urban centers, industrial zones, or abandoned areas. But also for ancient ruins and areas impossible to access, everything depends on each explorer.

ES.- La exploración urbana normalmente se trata de la exploración de zonas alejadas de los núcleos urbanos, zonas industriales, o abandonadas. Pero también por ruinas antiguas y zonas imposibles de acceder, todo depende de cada explorador.

Urbexvideos.eu es la exploración urbana llevada a tu pantalla ! Disfruta de todos los videos de Urbex que existen en una misma página web y todo categorizado por zonas !

Saludos exploradores ! 😉

Publicado en Finland y etiquetado , , , , , , , , , .

Deja un comentario

Tu dirección de correo electrónico no será publicada. Los campos obligatorios están marcados con *